Senarai email di Malaysia percuma

Sebelum anda mendapatkan senarai email di Malaysia percuma, sila baca dahulu catatan ni yee..

Salam sejahtera... strategi pemasaran email merupakan teknik pemasaran yang paling berkesan untuk meningkatkan pendapatan sama ada menjual produk sendiri atau menjual produk orang lain. Tredapat dua cara mendapatkan senarai email iaitu dengan cara sah dan cara haram.

Cara Sah ialah seseorang itu menyediakan borang langganan yang dipasang di blog atau website dengan skrip daripada autoresponder yang anda langgan. Pelanggan akan mengisi borang tersebut kerana mahukan informasi daripada anda. Apabila pelanggan melakukan pengesahan email bermakna ia bersetuju untuk menerima email seterusnya. Senarai email yang diperolehi secara sah, amat effektif dan bakal memberikan keuntungan kepada anda.

Dapatkan Autoresponder Percuma Disini 

Cara haram dan salah di sisi undang-undang ialah mendapatkan senarai email cara mudah iaitu membeli email daripada pihak ketiga. Kebanyakan mereka mendapatkan email dengan menggunakan software untuk mengekstrak emel daripada laman web tertentu. Biasanya email seperti ini dihantar dengan menggunakan software. Malangnya emel yang dihantar kebanyakannya masuk ke folder spam sebab namanyapun email SPAM. Selain daripada itu penerima emel tidak akan membaca email yang dihantar kerana tidak mengenali penghantar emel. Tambah lagi hubungan antara penghantar dan penerima tidak mesra kerana email yang dihantar tidak memaparkan nama penerima. Lebih malang lagi jika sekiranya penerima naik marah, penghantar boleh dibawa ke mahkamah. Mungkin kerugian yang anda alami jauh lebih besar daripada melanggan perkhidmatan autoresponder.

Ketahui cara mendapatkan emel percuma disini

Mungkin ada yang beranggapan bahawa penghantar tidak boleh di kesan tetapi selagi anda menghantar dengan menggunakan internet dan berpijak dibumi yang nyata, anda boleh dijejaki hanya dengan beberapa klik sahaja.

Baiklah, anda sudah sampai dipenghujung serta masih berminat mendapatkan email percuma rakyat Malaysia? Sila dapatkannya di Sini.