Salam sejahtera semua. Kali ini saya kongsikan kepada anda bagaimana usahawan berjaya dalam perniagaan online mereka. Ini bukan idea daripada saya tetapi daripada penulis ebook yang bakal saya konngsikan kepada anda. Namun ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang mempunyai domain dan hosting berbayar sahaja. Mengapa ? sebab hanya domain dan hosting berbayar sahaja yang mempunyai cpanel. Walau bagaimanapun tidak salah kepada yang tidak mempunyai domain dan hosting membaca sebagai pendedahan awal sebelum mendapatkan hosting berbayar.
Saya berkongsikan rahsia ini kerana saya sendiri juga sudah bergiat dalam perniagaan internet sama ada menjana pendapatan dengan menyertai program affiliate ataupun menjual produk fizikal secara online . Semoga dengan perkongsian ini akan membolehkan bakal-bakal usahawan internet bersama-sama mencapai impian.
Saya akan membuat sedikit perkongsian mengenai ebook belajar cpanel yang ditulis oleh saudara Jebat. Sebenarnya ebook ini ditulis 3 tahun yang lepas tetapi saya baru sahaja mendapatkan ebook ini. Sebab itulah saya pun baru nak kongsikannya kepada anda tapi bukan berkongsi ebook yang saya beli tapi kebaikan ebook yang saya sudah praktikkan untuk cpanel saya sendiri.
Banyak perkara yang saya tidak ketahui selama ini di cpanel saya. Selama ini saya cuma tahu bagaimana cara buat subdomain sahaja. Namun selepas mendapatkan ebook asascpanel ini, rupanya setiap function di cpanel mempunyai kegunaan khususnya dalam perniagaan.
Protect dokumen
Selain daripada diajar membina cara-cara subdomain, bakal pembeli asascpanel akan diajar cara-cara memprotect dokumen yang terdapat dalam cpanelnya. Katakan anda menjual produk digital yang diupload dihosting anda, jika tidak diprotect, dokumen berharga anda sebenarnya begitu mudah diceroboh oleh orang lain atau oleh tukang hack. Memprotect dokumen anda akan menyelamatkan aset berharga anda daripada dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Redirect
Anda menjana pendapatan dengan program affiliate ? Menggunakan aplikasi redirect dapat menyelamatkan link affiliate anda daripada dihack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Anda tidak perlu mendapatkan software yang canggih lagi mahal semata-mata untuk melindungi link affiliate anda kerana semuanya ada dalam cpanel anda. Cuma gunakan aplikasi redirect dan link affiliate anda sudah dilindungi. Selain daripada itu, jual melalui link affiliate anda juga akan bertambah kerana bakal pembeli tidak menyedari link yang anda buat sebenarnya adalah link affiliate anda. Harus disedari, bukan semua pembeli suka membeli membeli melalui link affiliate kerana pembeli tidak mahu affiliate jadi kaya.
Buat email
Asascpanel akan mengajar anda bagaimana membina email dihosting anda. Semua pembaca artikel ini sudah tentu mempunyai email tetapi kebanyakannya mungkin menggunakan email percuma seperti gmail,ymail.yahoo, atau hotmail. Jika anda menjalankan perniagaan online, anda akan lebih dipercayai jika menggunakan email yang menggunakan email seperti namaanda@domain.com.
Asascpanel sememangnya sangat lengkap mengajar kita tentang cpanel di hosting sendiri. Banyak benda yang kita tidak ketahui, apabila kita memiliki asascpanel kita pasti akan... ooohhhh ini rupanya kegunaan benda ni, baru saya tahu. Sekian.