Ebook percuma kuasa pemasaran email daripada

“The money is in the list”

Kita pasti biasa mendengar ungkapan seperti ini.Dalam pemasaran internet ungkapan ini
merujuk kepada senarai nama email yang kita kumpul dan simpan.

Ramai yang tahu akan kepentingan membina senarai email kerana keberkesanannya memang sangat terbukti tetapi kesedaran di kalangan kita masih kurang dan kita lebih suka memilih cara pemasaran yang susah daripada menggunakan kaedah mudah seperti melalui pemasaran melalui email ini.

Tanyalah kepada Pemasar Internet terkenal sama ada luar dan dalam negara seperti Patric Chan dan Irfan Khairi, kesemua mereka pasti memiliki senarai email tersendiri, yang digunakan untuk berhubung dan senjata promosi kepada pelanggan mereka.

Pun begitu di Malaysia, masih terlalu sedikit yang mempunyai kesedaran untuk mula membina senarai email sendiri. Mungkin pendedahan tentang kuasa pemasaran email hanya didedahkan secara umum sahaja.

Cuba anda bayangkan,jika anda mempunyai senarai email sebanyak 2000, kemudian anda
jual produk dengan harga rm 30.00. Seterusnya anda hantarkan sebuah email promosi kepada mereka. Jika hanya 20% sahaja pun daripada senarai email anda tersebut membeli,anda sudah mendapat keuntungan sebanyak rm 12,000. Begitulah hebatnya kuasa pemasaran email.

Jika selama ini anda tidak mengendahkan tentang kepentingan senarai email serta anda ingin tahu apakah kelebihan dan tips berkenaan pemasaran email, untuk makluman anda, Team Aspirasi Cyber telah menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email
yang anda boleh dapatkannya secara percuma di kuasaemail.com