Idea buat duit di Mudah.My

Sebut tentang idea buat duit, pastinya ramai yang tertanya-tanya, betulkah idea ni ? Mungkin ada yang menganggap..ahhh itu idea mengarut,tipu dan macam-macam lagi. Idea cuma dibaca tapi tak dipraktikkan tentulah tak menjadi kenyataan.

Saya,masa mula-mula terjebak dengan dunia internet pun fikir macam begitu juga. Tidak kenal maka tak cinta, sudah kenal gila-gilaan pula. Akhirnya saya menjadikan internet sebagai sumber menjana pendapatan sampingan saya.

Banyak idea buat duit di internet. Antaranya program affiliate, program ppc dan menjual produk sama ada produk digital atau produk fizikal. Jika kena pada caranya, adalah mustahil seseorang tu tidak boleh buat duit.

Menjual produk di portal lelong.com.my atau di ebay.com adalah idea menjana pendapatan dengan menjual produk fizikal dan sedikit produk digital. Ramai usahawan internet menjadi kaya raya hanya dengan menjual di portal tersebut.Tidak keterlaluan jika dikatakan portal ini adalah lubuk buat duit yang paling unggul sekali. Idea buat duit tidak terbatas di laman web yang saya sebutkan tadi sahaja. Ramai yang tidak mengetahui potensi buat duit di mudah.my. Ramai juga yang tidak berminat dengan portal ini kerana terdapat banyak laporan penipuan oleh usahawan ciplak. Sebab itulah orang ramai lebih gemar bercakap tentang lelong.com.my berbanding dengan mudah.my. Sesuatu yang anda tidak ketahui,sebenarnya lebih ramai pengunjung berkunjung ke portal mudah.my berbanding dengan lelong.com.my. Mungkin salah satu sebabnya mudah.my selalu diiklankan di google. Kunjungan yang ramai di portal mudah.my sudah pasti menjadi satu kelebihan untuk buat duit.

Idea buat duit di mudah.my tidak susah berbanding dengan di lelong. Usahawan cuma uploadkan produkdan tunggu panggilan pembeli. Tidak perlu register seperti di lelong.com.my tapi kalau register lagi bagus supaya boleh kesan iklan yang banyak carian. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut idea buat duit di mudah.my sila pergi ke dot.my.com.