Bukan mudah sebenarnya buat duit di internet tetapi tidak susah untuk mendapatkan duit di internet. Ramai orang cakap buat duit di internet bukan semudah yang di sangka tetapi sudah terbukti juga sudah ramai yang sudah berjaya hanya dengan sebuah komputer dan talian internet.
Ada yang sudah lama menyertai pelbagai program buat duit di internet tetapi habukpun belum dapat. Namun ada juga yang baru semalam mula buat duit diinternet, hari ini sudah mendapat hasilnya.
Apabila menemui kegagalan buat duit di internet, ada yang mula mempersalahkan informasi-informasi yang dibaca kononnya bohong belaka. Akhirnya seseorang akan buat kesimpulan tidak ada kebenaran buat duit di internet.
Sebenarnya jika seseorang benar-benar memahami bagaimana buat duit di internet, seseorang itu sudah pasti akan mendapat hasil yang diharapkan. Sebagai contoh seseorang memperomosikan link affiliate sesuatu produk yang sememangnya tidak mendapat sambutan di pasaran akan menemui kegagalan mendapatkan jualan. Begitu juga dengan menyertai program buat duit secara membabi buta seperti program kutu.
Sedikit tips bagaimana mendapatkan RM1 pertama anda pada hari pertama.. RM1 saja ?? Sebenarnya lebih daripada itu jika mahu..
1. Join affiliate yang berpotensi - mendapat permintaan yang banyak di pasaran.
2. Join program PPC seperti adsense, nuffnang, dan yang sewaktu dengannya.
3. Join program survey - Idea anda akan dibayar mengikut kadar tertentu.
Daripada sedikit tips yang diberikan, nyata sekali untuk mendapatkan duit di internet bukanlah susah. Untuk mendapatkan wang lebih kenalah usaha sikit. Jika join sesuatu program dan duduk diam, itulah yang menyebabkan kegagalan.