Mengapa mesti jadi orang kaya

Kata orang untuk melakukan sesuatu kita perlukan satu alasan yang besar atau beberapa alasan kecil. Kerana tanpa alasan yang kuat untuk menarik kita ke arah yang kita mahu, agak sukar kita mencapai apa yang kita inginkan.

Ramai orang tidak mampu menceritakan kepada kita kenapa dia mahu jadi orang kaya. Jika ada pun, alasan itu agak lemah kuasanya untuk mendorong kita melakukan atau memulakan satu tindakan permulaan. Niat yang betul akan mendorong kita ke arah kebaikan sedangkan niat yang tidak baik mendorong kita menjadi manusia yang buas. Kita perolehi kekayaan tanpa memperdulikan hukum agama. Kita tidak ambil pusing akan halal haramnya. Kita tidak mahu begini.

Ada apa kalau banyak duit, kekayaan tidak boleh dibawah masuk syurga pun..ini antara yang selalu terkeluar dari mulut mereka-mereka yang tidak berjaya dalam hidup...tapi bagi yang ada hati nak jadi jutawan, apabila ditanya apa akan dibuat kalau jadi jutawan...ini jawapan mereka.

Kalau saya kaya, saya boleh...
  • shopping sakan sampai ke negara orang
  • saya bawa keluarga pergi bercuti sana luar negara
  • saya mahu beli rumah besar untuk keluarga
  • saya dapat bantu orang miskin
  • saya boleh beli kereta idaman
  • saya boleh beli apa saja yang saya mahu
  • saya boleh penuhkan rumah saya dengan perabot
  • saya tidak perlu pinjam ptptn untuk anak sambung belajar
  • banyak lagi lah..
Kalau ada sebab yang jelas mengapa mahu jadi kaya maka lebih mudahlah untuk mencapai hasrat tersebut. Kalau anda masih bujang maka anda harus jadi kaya terlebih dahulu. Malulah pinang anak dara orang guna wang ayah..atau lepas kahwin tinggal di rumah ayah.

Orang yang paling baik di antara kita ialah mereka yang mampu memberi manfaat terbanyak kepada orang lain. Kita patut malu kerana pendatang asing yang datang ke negara kita sama ada secara haram atau halal berjaya menjadi kaya di bumi milik kita. Kita selalu menyalahkan takdir Tuhan dan menyalahkan pihak kerajaan jika kita miskin. Kita jarang mahu menyalahkan diri kita sendiri. Kita lebih selesa meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain di atas kegagalan kita menjadi orang hebat.

Peluang begitu banyak untuk kita raih dengan usaha dan keringat. Buangkan sifat negatif yang menghantui dan memenjara kehidupan kita. Buka minda kita untuk melihat dan merebut peluang walau sekecil mana. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tanpa keberanian impian tidak akan dilaksana. Tahun berlalu, kita masih begitu. Adakah itu yang anda mahu?

samoga catatan ringkas ini memberi manfaat. Terima kasih.