Memang tidak dinafikan, 'money is in the list' merujuk kepada jumlah email prospek yang diperolehi dan disimpan oleh seseorang usahawan internet.
Teruskan bacaan anda untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Kebanyakan usahawan internet sedar tentang kepentingan mengumpul senarai email disebabkan oleh keberkesanannya dalam memasarkan sesebuah produk.
Walaupun mereka tahu kepentingan tersebut, tahap kesedaran mereka masih belum mencukupi dan mereka lebih gemar untuk memilih teknik pemasaran sukar yang tidak menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat.
Saya masih ingat lagi sewaktu saya mula berkecimpung dalam perniagaan internet. Saya juga didedahkan tentang kelebihan memiliki senarai email.
Tetapi, saya tidak endahkan perkara tersebut. Ini kerana, saya tidak mahu membuang masa dan tidak sanggup menghadapi cabaran semasa mengumpul senarai email.
Saya merasakan, ianya adalah satu kerja sia-sia dan memakan masa yang agak lama. Disebabkan itu saya tidak mengambil langkah pertama untuk mengumpul senarai email.
Lama kelamaan, setelah saya melihat seorang demi seorang usahawan internet menempa kejayaan melalui senarai email yang mereka miliki, barulah saya tergerak untuk mula mengumpul senarai email.
Sampai satu masa, selepas saya memiliki senarai email dan menghasilkan pendapatan lumayan, barulah saya MENYESAL kerana tidak mengumpul senarai email sejak dari awal penglibatan dalam perniagaan internet.
Saya merasakan saya RUGI!
Rugi kerana mensia-siakan tahun pertama saya semasa menjalankan perniagaan internet. Kalaulah saya dapat undurkan masa semula, sudah pasti perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah mengumpul senarai email.
Anda pula bagaimana? Masih ingin memilih jalan sukar yang boleh merugikan usaha anda?
Apa yang boleh saya katakan, mungkin para usahawan internet yang tidak mengumpul senarai email mempunyai kurang kesedaran disebabkan tiada panduan lengkap yang dapat menerangkan dan membimbing mereka secara menyeluruh.
Selama saya berkecimpung dalam perniagaan internet, saya dapati, tak ramai usahawan internet yang
memiliki senarai email sehingga 10 ribu prospek. Maka, tak hairanlah jika hanya nama mereka yang sering menjadi 'top affiliate' dalam mana-mana cabaran affiliate selama ini.
Jadi, sampai bila anda hanya ingin perhatikan mereka membolot hadiah-hadiah HEBAT apabila nama pemenang cabaran affiliate diumumkan?
Teknik pemasaran melalui email untuk perniagaan internet sememangnya cukup EFEKTIF. Kalau tak efektif, mengapa nama-nama usahawan internet yang hebat-hebat menggunakan teknik ini?
Ianya cukup berkesan dalam memasarkan apa sahaja jenis produk. Tak kiralah apa jua produk yang ingin anda pasarkan, teknik pemasaran email seharusnya menjadi KEWAJIBAN untuk anda gunakan.
Seperti yang saya maklumkan pada awal email tadi, ya, memang diakui 'money is in the list'
Tetapi.. 'Money is in the list' bakal menjadi lebih HEBAT apabila anda titikberatkan..
'Money Is In The RELATIONSHIP!'
Kenapa relationship?
Anda nak tahu jawapannya?
Salam hormat
http://www.aspirasicyber.com/