Salam sejahtera semua. Selepas beberapa bulan tidak puat sebarang post di blog ini, hari ini, tahun baru, saya mengambil masa untuk menulis di blog ini.
Sebenarnya saya tidak mengajar anda bagaimana buat duit di amazon.com seperti yang tertera pada tajuk post ini. Saya cuma memaklumkan kepada anda bahawa amazon.com adalah lubuk buat duit walaupun anda tidak menjual sebarang produk di amazon.com. Hanya menjadi publisher produk-produk di amazon.com maka anda akan mendapat komisyen jika ada sales melalui link affiliates anda. Walau bagaimanapun komisyen yang anda terima adalah sedikit berbanding dengan mempromosi produk di clickbank kerana produk-produk di amazon.com adalah dalam bentuk fizikal.
Bagi yang belum mengetahui apa itu amazon.com, daripada penerangan di atas anda sudah dapat membayangkan amazon.com adalah portal membeli belah. Ia berbeza dengan ebay atau lelong.com.my kerana di amazon.com, tidak ada aktiviti bid.
Ok, sedikit cara buat duit di amazon.com
Untuk memulakan peluang menjana pendapatan di amazon.com, anda hanya membuka akaun secara percuma sebagai affiliates. Selepas membuka akaun, bina blog kemudian buat review tentang produk yang anda hendak promosikan. Kalau mahu kerja mudah, copy sahaja review pengguna produk di amazon.com. Review lebih memberi peluang kepada anda mendapat sales kerana biasanya pengguna melihat review pengguna sebelum mengambil keputusan membeli produk tertentu.
Nich blog apa yang bagus untuk promosi produk di amazon.com? itu terpulang kepada anda apa perkara yang paling anda minati tetapi anda juga kena ambil kira siapakah pembeli belah yang paling banyak di internet. Antara lelaki dan perempuan, siapa yang banyak berbelanja untuk diri sendiri? antara bujang dan yang sudah berkahwin, siapa yang lebih suka berbelanja di internet? Anda boleh buat sedikit kajian atau membuat pemerhatian terhadap diri sendiri dan teman-teman.
Saya suka niche yang berkaitan dengan kanak-kanak. Niche berkaitan kanak-kanak ni agak besar seperti produk penjagaan kanak-kanak, peralatan untuk kanak-kanak dan permainanan untuk kanak-kanak serta pembelajaran kanak-kanak. Rasional saya memilih niche kanak-kanak adalah kerana ibu bapa zaman moden tidak mampu menghalang permintaan anaknya. Apa sahaja permintaan anaknya biasanya sentiasa ditunaikan. Lagipun ibu bapa sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya... anda bagaimana?
Sekian untuk kali ini... semoga bermanfaat.