Buat duit dengan tradebit

Semalam saya dapat dua jualan di tradebit dan sebentar tadi saya dapat satu lagi jualan. Jualan saya di tradebit tidaklah menentu. Kadang-kadang meletup  dan ada masanya langsung tak ada jualan dalam seminggu. Walaupun begitu, saya berpuas hati kerana saya tidak melakukan sebarang promosi. Saya membiarkan traffik mengurus bisnes saya di tradebit.

Oh ya, pernahkah anda dengar pasal tradebit? kebanyakan forumer Malaysia lebih banyak berbincang pasal buat duit di fiver sebab pada masa yang sama mereka mendapat keuntungan dengan menjual ebook panduan buat duit dengan fiver. Itu strategi masing-masing buat duit di internet. Jika anda belum pernah dengar pasal buat duit di tradebit, inilah masanya anda berkenalan dengan tradebit. 

Apabila anda buka akaun di tradebit, anda akan diminta membayar keahlian sebanyak USD4. Ini bayaran 5 tahun yang lalu. Sekarang saya kurang pasti jumlah bayaran kerana saya sudah berada dalam keluarga tradebit sejak lima tahun yang lepas.

Setelah berjaya membuka akaun di tradebit, anda boleh memulakan bisnes anda dengan menjual produk digital. Mulakan mengupload produk anda di tradebit kemudian tunggu pelanggan membeli produk anda.

Apabila anda berniaga di tradebit, pastikan produk yang dijual merupakan hasil anda sendiri ataupun produk  yang mana anda mempunyai hak jualan semula. Jika tidak, produk anda akan dihapuskan oleh vendor. 

Tanpa berlengah lagi, tingkatkan pendapatan sampingan dengan berkenalan dengan tradebit pada hari ini juga.