Cara membuat penjualan di mudah

Cara membuat penjualan di mudah

Dua hari lepas sahabat saya meminta tolong mengiklankan rumahnya di mudah.my. Bersama-sama dengan dia, saya iklankan rumah yang hendak disewakan. Sambil kami mengisi bahagian-bahagian tertentu, sahabat saya bertanya bagaimana saya tahu semua benda yang dianggapnya susah. Saya beritahu dengan dia, saya tahu sebab saya belajar....

Beberapa minit yang lepas, saya menerima panggilan daripada sahabat saya bahawa dia berjaya mendapat penyewa. Dia senang hati, sayapun senang hati sebab saya akan dapat komisyen..hehee..Itu yang dia janji, bukan saya yang minta.. Nah, kalau dia buat sendiri sudah tentu dia tak perlu bayar komisyen dengan saya. Komisyen bukan sekali pula tu tapi berterusan selagi penyewa tu bayar sewa.

Begitulah caranya buat bisnes di mudah.my..namanya mudah, memang sangat mudah buat duit dimudah tapi kalau tekniknya tak betul, semuanya tidak mudah. Tengoklah, ada juga kawan yang tidak reti buat duit di mudah. Mungkin kawan ni tak ada masa nak belajar atau tak nak belajar.

Saya minat buat duit, sebab itu saya belajar teknik-teknik terkini. Segala-galanya bermula dengan mudah apabila saya membeli panduan yang dikenali rahsia mudah.my. Bukan percuma ya tetapi berbayar..saya buat pelaburan yang amat sedikit tetapi saya mendapat pulangan yang lumayan pula..

Saya bukan nak promosi benda rahsia mudah.my ni tapi kalau korang berjaya menguasai kemahiran tu boleh buat perkhidmatan dengan mereka yang tak reti buat. Paling menguntungkan jika ada kawan-kawan yang minta tolong iklankan rumah yang untuk disewakan...lumayan..

Salam...