Teknik promosi produk

Salam sejahtera dan terima kasih atas kunjungan anda ke blog teknik lama ni. Kali ni teknik lama menulis teknik lama bagaimana cara mempromosi produk sama ada produk sendiri atau produk orang lain. Saya harap teknik lama ni dapat membantu anda untuk mempromosi produk anda atau promosi link affiliate anda.

1. Promosi melalui blog
Bina satu blog sama ada blog percuma atau blog berbayar kemudian senaraikan produk-produk yang anda jual secara online. Untuk promosi produk orang lain melalui program affiliate, buat review produk tersebut di blog anda. Teknik promosi produk melalui blog semakin popular kerana anda boleh berinteraksi dengan bekal pembeli melalui ruang komen. Namun jika blog itu tidak mempunyai page rank yang tinggi, ia menyukarkan anda membuat jualan kerana tidak akan ada orang menemui blog anda.

2. Teknik pengiklanan
Jika sekiranya anda mempunyai kelebihan dari segi kewangan, anda boleh menyewa mana-mana portal pengiklanan sama ada pengiklanan berbayar mahupun pengiklanan percuma. Untuk pengiklanan berbayar, anda boleh menggunakan khidmat google adwords, Berita Harian Online, Malaysia Kini, Lelong.com.my dan mana-mana portal terkenal. Untuk pengiklanan percuma, anda boleh menggunakan portal mudah.my yang mana ia merupakan portal pengiklanan percuma yang sangat popular.

3. Teknik Forum
Jangan pandang rendah dengan teknik forum. Anda boleh menyertai mana-mana forum yang berkaitan dengan niche produk anda. Ruang forum yang paling popular di Malaysia ialah Wangcyber.com. Apa yang anda perlu buat ialah meletakkan link produk anda di bahagian tandatangan anda. Semakin banyak anda menyertai forum maka peluang ahli forum untuk melihat link produk anda adalah semakin besar..Walau bagaimanapun jangan terlalu ghairah berforum sehingga anda buat SPAM. Baca terma sebelum berforum ya..

4. Teknik email
Jangan buat SPAM email. Tahu tak apa tu email SPAM? Kalau hantar email promosi produk pastikan anda mendapat kebenaran daripada penerima email. Jika tidak anda akan disumpah-sumpah, rezeki anda tidak halal dan kemungkinan anda akan masuk penjara kerana menganggu orang lain jika penerima buat aduan. Untuk itu, anda digalakkan menyewa sistem autoresponder dan mulalah kumpul senarai email. Setelah ada senarai email, hantar email promosi kepada senarai email anda..

5. Teknik Facebook
Ini mungkin teknik terkini yang mendapat sambutan hangat oleh para usahawan internet. Tak hairanlah banyak sangat produk digital tumbuh bagai cendawan selepas gerimis berkaitan dengan facebook. Untuk promosi produk melalui facebook ni, poskan produk anda di wall anda kemudian tag kawan-kawan facebook anda. Untuk menjayakan teknik facebook, kumpul seberapa ramai sahabat. Untuk yang lebih advance, bina page berkaitan dengan produk anda dan dapatkan seberapa ramai fan. Lagi banyak lagi bagus.

Demikianlah antara teknik lama cara promosi produk sama ada produk sendiri atau produk orang lain. Saya menulis entri ini sebab ada pertanyaan daripada seorang kawan subscriber.