Cara bina blog power

Hi salam sejahtera. Terima kasih kerana menjenguk blog yang tak ada power ini sebab blog ni tak mengetengahkan tips-tips yang paling power.

Blog teknik lama ini bukanlah pakar membincangkan cara membina blog yang paling power. Blog power yang macam mana anda buat? Blog yang membuatkan orang rindu akan blog anda setelah pernah berkunjung ke blog anda? Atau blog yang banyak memberikan info kepada pembaca blog anda atau blog yang memberikan keuntungan kepada anda?

Bila ada info berguna yang terdapat dalam blog anda maka pembaca akan rindu dengan blog anda. Pembaca akan ternanti-nanti tips seterusnya daripada anda sebab itulah harapan pembaca. Apabila pengunjung berpusu-pusu berkunjung ke blog anda maka anda akan mendapat keuntungan. Anda mungkin boleh meletakkan pautan link affiliate yang akan memberikan komisyen kepada anda atau menawarkan ruang pengiklanan berbayar.

Jika blog anda mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas maka blog anda bolehlah dikategorikan sebagai blog  power walaupun bukan yang paling power di alam maya. Persoalannya mampukah blog anda menjadi sebuah blog power? Blog ini sendiri pun jauh sekali bergelar blog power apatah lagi sebagai blog yang paling power. Jika anda nak tanya sekali lagi bagaimana menjadikan blog anda blog power, jika blog anda memenuhi  3 ciri di atas daripada berpuluh ciri blog power maka blog power la blog anda.