Panduan bisnes online


Dulu saya begitu pening memilih mana satu produk yang benar-benar membantu dalam niche buat duit di internet. Saya baca testimoni yang agak menarik tetapi malangnya saya meragui testimoni mereka sebab dimana ada surat jualan, di situ ada muka diorang berserta testimoni. Dalam fikiran saya mongkin diorang diupah tulis testimoni yang baik-baik untuk produk diorang.

Testimoni ini sebenarnya membantu kerana biasanya yang diminta buat testimoni tu tak akan buat testimoni jika produk yang dipasarkan tidak berkualiti. Jadi kalau nak beli produk pastikan testimoni daripada yang pakar dalam keusahawanan internet jika produk tersebut berkaitan dengan buat duit. Itu sedikit petua nak sebelum rembat sesuatu produk.

Kita teruskan dengan panduan bisnes online aka internet. Diluar sana berlambak panduan bisnes online. Anda hanya pilih sahaja panduan yang benar-benar berkaitan dengan niche anda. Jika nak promosi affiliate, carilah panduan affiliate. Jika nak jual produk online, carilah panduan bisnes online. Zaman moden ni, ramai memilih bisnes online sebagai sumber pendapatan sampingan. Dulu masyarakat lebih suka berjual di warung, atau bawa kereta sapu. Apa agaknya yang mendorong orang moden ni menjana pendapatan sampingan dengan menjalankan bisnes online?

Mari kita lihat di bawah :
  1. Ia tidak memerlukan modal yang besar. Kos serendah RM60.00 setahun atau RM 5 sebulan untuk menyewa tapak dan nama laman web.
  2. Boleh dilakukan pada bila-bila masa secara sampingan. Anda tidak akan terikat dengan waktu pejabat. Dan anda boleh mula melakukannya sekarang juga.
  3. Tiada dateline kerja. Anda boleh melakukannya dengan tenang tanpa desakan mana-mana pihak. Ia sesuai dijadikan hobi yang menjana pendapatan.
  4. Tidak perlu ruang pejabat. Ia boleh dilakukan dirumah pada bila-bila masa dengan keselesaan sambil menjaga anak atau ibu bapa anda.
  5. Tidak perlu jumpa pelangan. Lebih 90% urusniaga internet melalui email. Selebihnya menggunakan handphone atau sms. Memang mudah. Anda tidak perlu keluar bersesak-sesak di jalan raya.
  6. Tiada siapa yang akan mengongkong anda. Anda bebas menentukan corak perniagaan anda. Memang menyeronokkan
  7. Anda boleh menjual seberapa banyak produk yang anda mahukan tanpa perlu menyimpan stok dan sebarang kos.


Mantap wooahh..

Untuk memulakan bisnes online anda perlu :

  1. Membina laman web minisite.
  2. Tahu daftar domain dan hosting serta menguasai cpanel dan ftp.
  3. Tahu pasang borang tempahan dan borang pertanyaan.
  4. Memasang sistem autoresponder.
  5. membina grafik guna photoshop atau yang sewaktu dengannya.
  6. Membina shopping cart
  7. Dan banyak lagi...


Jika anda berani menyangkal pandangan ini sila baca apa kata usahawan internet yang sudah berjaya dalam bisnes internet.