5 Cara Meledakkan Komisyen Affiliate

Salam sejahtera dan salam hormat. Kali ini saya kongsikan tips iaitu 5 cara untuk anda tingkatkan sales affiliate anda.

Cara 1 # cari produk terbaik untuk anda promosi.

Affiliater suka untuk mempromosikan produk yang memberikan pulangan besar dalam masa yang singkat.

Bebarapa faktor perlu diambil kira dalam memilih program affiliate. Pilih produk yang mempunyai struktur komisyen yang baik seperti cara pembayaran minimum jualan diperlukan.

Kebiasaanya affiliater memilih program affiliate yang membayar komisyen 50% ke atas.

Anda juga perlukan laman affiliate yang menunjukkan dengan jelas sama ada jualan telah dibuat, pembayaran telah dibuat atau belum dan juga semestinya pembayaran tersebut sampai kepada anda.

Jika tidak, cari sahaja program affiliate yang lain. Buat rugi sahaja jika anda bersusah payah mempromosikan produk tetapi anda tidak bayar setimpal dengan hasil anda.

Rujuk laman web ini untuk senarai program affiliate.
Cara ke 2 # kumpulkan mailing list daripada prospek.

Ini juga cara yang mudah. Tetapi perlaksanaannya pula perlukan komitmen yang tinggi. Bagaimana nak dapatkan emel prospek? Tentu sahaja dengan squeeze page. Apa pula nak diletakkan dalam squeeze page tersebut?

Anda boleh sediakan satu laporan percuma berkaitan ebook atau produk yang anda promosikan. Edarkannya menggunakan squeeze page yang anda bina sendiri. Dengan cara ini, anda dapat keep in touch dengan prospek anda.

Sekiranya anda tiada ebook atau laporan percuma untuk
diberikan, anda boleh dapatkan di sini :
  • Panduan Trafficwave 
Anda boleh berikan ebook ini secara percuma kepada prospek anda atau menjual semula.

Bila anda sudah ada list, anda boleh guna untuk promosikan produk-produk akan datang. Ha, sambil menyelam minum air. Ramai Internet Marketer menggunakan teknik ini. Teknik ini penting untuk menanam cookies.

Tetapi promosi cara sebegini perlu dibuat awal dari. Bukannya ketika produk sudah berminggu berada dipasaran. Kalau tidak, buat penat sahajalah tanam cookies.

Jangan lupa untuk dapatkan autoresponder berbayar. Jangan gunakan autoreponder percuma. Banyak risikonya. Saya sarankan Trafficwave kerana murah.
  • Trafficwave Autoresponder
Cara Ke 3 # pilih program affiliate yang memberikan komisyen berterusan.

Program sebegini tidak banyak di Malaysia. Biasanya produk yang dijual adalah ebook yang hanya dibeli sekali sahaja. Pembeli tidak akan membuat pembelian berulang untuk produk yang sama.

Program affiliate yang menawarkan komisyen berterusan ini biasanya seperti perkhidmatan.

Contohnya autoresponder dan hosting. Setiap bulan, pelanggan mesti membayar untuk terus melanggan autoresponder. Jangan tak tahu pula, kebanyakan pemilik autoresponder menawarkan
program affiliate untuk autoresponder mereka.

Katakanlah komisyen affiliate untuk autoresponder adalah USD6. Anda berjaya mendapatkan seorang pelanggan yang melanggan autoreponder tersebut.

Setahun anda dapat USD6 X 12 = USD 72. Bagaimana jika anda mendapat 10 pelanggan dalam setiap bulan? Pendapatan anda USD60 setiap bulan dan jumlah untuk berganda berdasarkan
pelanggan yang berjaya anda dapatkan! Lebih bagus daripada program piramid yang pasaran akan tepu apabila cukup downline.

Antara Penyedia Autoresponder :
  • Aweber Autoresponder  
  • Trafficwave Autoresponder  
  • Imnicamail Autoresponder  
  • Getresponse Autoresponder  
Contoh Perkhidmatan Hosting :
  • Exabytes Hosting  
  • Jonmhosting  
  • NetKL Hosting  
Cara Ke 4 # cadangkan produk dalam promosi anda.

Recommendation atau cadangan adalah antara elemen terpenting dalam melakukan promosi.

Semakin panjang ayat cadangan anda, semakin tinggi peluang untuk melakukan jualan. Hal ini berkaitan dengan psikologi semua manusia iaitu kagum, malas, terdesak.

Apabila ayat cadangan anda memberi pelanggan anda satu peluang untuk mereka berubah, mereka akan kagum dan mungkin akan melakukan pembelian.

Apabila ayat cadangan anda panjang, mereka yang memang ingin membeli akan menganggap bahawa produk tersebut mempunyai potensi yang jelas dan mungkin terus melakukan pembelian.
Begitu juga dengan terdesak.

Tiada lagi senjata yang lebih hebat dalam promosi selain menulis ayat cadangan yang hebat dan menggoda. Walaupun anda melakukan pengiklanan PPC dan banner, anda tetap akan menggunakan ayat cadangan untuk menarik pembaca untuk klik pada iklan anda.

Apakah ayat cadangan?

Ayat cadangan bagi saya adalah ayat yang bersifat memaksa dalam senyap. Contoh ayat cadangan adalah seperti berikut :

"Anda nak gigi putih berseri? Klik sini."

Dari ayat cadangan di atas, anda sedang menarik perhatian mereka yang bergigi tak berapa nak putih sangat. Sape yang tak nak gigi putih kan? So, bagaimana? Sudah tentu mereka perlu mengikut arahan anda iaitu klik sini.

Ini biasanya digunakan dalam pemasaran emel & pemasaran facebook. Penulis akan menceritakan masalah yang mereka hadapi seperti ini :

"Dah bermacam-macam ubat gigi saya guna. Tapi gigi masih kuning dan berkarat. Nak senyum pun malu sebab gigi kotor. Nasib baik saya terjumpa satu rahsia macam mana nak putihkan gigi dalam masa yang singkat. Anda juga boleh lihat caranya di sini : (link)"

Cara seperti ini sebenarnya sangat sesuai digunakan dalam pemasaran facebook.

Katahui teknik pemasaran facebook :
  • Teknik Pemasaran Facebook
Cara Ke 5 # Kuasai Pemasaran Affiliate.

Kuasai teknik pemasaran affiliate melalui mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Anda tidak boleh berjalan diwaktu malam tanpa lampu suluh. begitu juga dengan menjana pendapatan melalui program affiliate atau menjana pendapatan melalui internet.

Terdapat banyak cara atau teknik pemasaran affiliate yang berkesan antaranya melalui blogging, emel, facebook, pengiklanan dan sebagainya. Fokus kepada salah satu teknik yang sesuai dengan anda. Anda mungkin tidak boleh memilih teknik pemasaran emel jika tidak mempunyai autoresponder atau blogging jika tidak mempunyai blog. Mungkin anda ada akaun facebook tetapi tidak tahu cara pemasaran affiliate melalui facebook. Oleh itu anda kena belajar dengan mereka yang ada kepakaran dalam pemasaran affiliate melalui facebook.

Saya sarankan agar anda mendapatkan teknik pemasaran berikut :
  • Kursus Affiliate
  • Mesin Komisyen Affiliate
  • Pemasaran Affiliate
  • Kursus Percuma Jana Pendapatan
Semoga tips ini memberi manfaat..