Aplikasi Ini Uruskan Bisnes Online Anda

Uruskan Bisnes Online Anda

Bisnes anda kini lebih mudah dengan OnPay. Akses bisnes anda lebih mudah di mana sahaja dengan menggunakan PC, smartphone dan tablet. Ianya user-friendly, SEO-friendly dan mobile-friendly.

Automasikan bisnes anda dengan OnPay. Kini anda tidak perlu menghantar emel, SMS dan follow up secara manual. Menyokong integrasi PayPal, iPay88, MOLPay, senangPay, Billplz, Paydibs, 2C2P, iBill dan lain-lain.

Bisnes anda akan lebih lengkap dengan pelbagai fungsi seperti borang tempahan, kupon, pelbagai kaedah pembayaran, laporan, statistik, site tracking, hebahan emel & SMS, postage tracking dan banyak lagi.

Ciri-Ciri Onpay
  • Pengurusan database jualan, pelanggan dan lain-lain dengan mudah.
  • Borang tempahan yang mempunyai pelbagai pilihan.
  • Borang tempahan boleh dimasukkan ke dalam laman web sendiri menggunakan fungsi embed.
  • Produk menyokong harga pelbagai tingkat.
  • Fungsi kupon dengan pelbagai pilihan.
  • Boleh digunakan untuk pendaftaran acara.
  • Penjanaan invois secara automatik untuk setiap tempahan.
  • Sistem Tracking.my diintegrasikan untuk penjejakan penghantaran.
  • Menyokong integrasi PayPal, iPay88, MOLPay, senangPay, Billplz, Paydibs, 2C2P & iBill.
  • Menyokong integrasi EasyParcel & MyParcelAsia.
  • Tersedia dengan pengurusan staf.
  • Tersedia dengan sistem affiliate.
  • Tersedia dengan sistem dropship.
  • Tersedia dengan sistem pengedar.
  • Fungsi analisis seperti statistik dan laporan.
  • Laporan boleh dieksport kepada format PDF dan Excel (CSV).
  • Marketplace untuk membantu pemasaran produk.

Sistem OnPay ialah aplikasi berasaskan web yang direkabentuk untuk menguruskan tempahan, jualan, pelanggan, peserta dan lain-lain lagi. Dengan pelbagai ciri yang menarik, anda boleh mula menggunakannya secara percuma, selama 3 bulan!

Upload video ke youtube boleh menjana wang

Pernah tonton movie? Pernah download video dari internet? Bagi yang ada komputer atau telefon pintar sudah tentu kerap kali menonton video di youtube. Seperkara yang kurang diketahui oleh orang ramai atau pelayar youtube ialah popup yang kerap menganggu semasa anda menonton video di youtube. Kalau tidak pasti iklan popup yang saya maksudkan, boleh lihat contohnya di sini.

Iklan itu sebenarnya merupakan lubuk rezeki buat pemilik video youtube. Alang-alang anda sudah ada skill mudah ini, apa kata anda gunakannya untuk menjana wang sampingan atau sebagai sumber pendapatan tetap anda?

Betul. Ini bukan cerita rekaan. Saya buka salah seorang yang menjana wang ribu riban di youtube sebab saya pun baru beberapa minggu belajar teknik ini. Sebelum ini guna artikel bahasa inggeris saja. Nampaknya menjana wang melalui youtube ni jauh lebih mudah berbanding menjana pendapatan dengan menyediakan artikel.

Saya tidak fasih sangat Bahasa Inggeris jadi terpaksa guna software yang beratus harganya untuk spin artikel orang lain. Anda tentu pernah dengar tentang artikel spinner. Itulah yang saya guna untuk membuat artikel dalam bahasa inggeris tapi faham-faham saja kualiti kandungan artikel yang di spin ni.

Berbeza dengan video ni, kalau anda paindai download video dan uploadnya semula maka anda bolehlah memulakan aktiviti menjana wang..Tapi ingat jangan sampai akaun youtube anda kena blok oleh google sebab kena repot mencuri harta orang lain. Jadi jangan terburu-buru pergi ke youtube kemudian download dan upload video orang lain tanpa mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum upload semula video yang didownload di youtube.

Ini pengalaman saya..tiru mereka yang sudah berjaya menjana wang di youtube. Kalau tidak mahu membuang masa try and error ... baca panduan menjana wang youtube dengan adsense di sini..

Ingat.. hanya

1. Download.
2. Upload semula.

maka anda mampu menjana wang sampingan yang lumayan, bergantung kepada kualiti video anda..

Buat duit dengan affiliate amazon.com

Produk paling hebat tahun 2015 sedang LIVE sekarang, dan untuk masa yang terhad anda boleh mendapatkannya dengan harga yang diskaun..

Dengan produk ini, sesiapa pun boleh membina kedai online sendiri dan mendapat pelanggan dari seluruh dunia, walaupun mereka:

   •    Tidak pandai membina laman web
   •    Tidak faham cara mengendali hosting
   •    Fail Bahasa English dalam SPM
   •    Tidak pandai mencari pembekal
   •    Tidak sanggup menguruskan shipping
   •    Tidak berani melaburkan modal yang besar

Produk ini akan mengegarkan pasaran Malaysia dan membantu ramai rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan dalam USD, tanpa perlu keluar rumah atau berjumpa sesiapa.

Ini bukan MLM, bukan pelaburan saham, atau sebagainya.Ini peluang anda untuk membina bisnes online yang sah & menguntungkan.

Klik di sini untuk meklumat lanjut

Daftar menggunakan pautan diatas untuk mendapat diskaun lebih dari 90% apabila produk ini dilancarkan minggu depan.

Harga produk akan naik tidak lama lagi, jadi jangan terlepas peluang keemasan ini tunuk mendapatkan sistem "kedai affiliate segera" dari Nichify!

Klik di sini untuk maklumat lanjut


Mengapa mesti jadi orang kaya

Kata orang untuk melakukan sesuatu kita perlukan satu alasan yang besar atau beberapa alasan kecil. Kerana tanpa alasan yang kuat untuk menarik kita ke arah yang kita mahu, agak sukar kita mencapai apa yang kita inginkan.

Ramai orang tidak mampu menceritakan kepada kita kenapa dia mahu jadi orang kaya. Jika ada pun, alasan itu agak lemah kuasanya untuk mendorong kita melakukan atau memulakan satu tindakan permulaan. Niat yang betul akan mendorong kita ke arah kebaikan sedangkan niat yang tidak baik mendorong kita menjadi manusia yang buas. Kita perolehi kekayaan tanpa memperdulikan hukum agama. Kita tidak ambil pusing akan halal haramnya. Kita tidak mahu begini.

Ada apa kalau banyak duit, kekayaan tidak boleh dibawah masuk syurga pun..ini antara yang selalu terkeluar dari mulut mereka-mereka yang tidak berjaya dalam hidup...tapi bagi yang ada hati nak jadi jutawan, apabila ditanya apa akan dibuat kalau jadi jutawan...ini jawapan mereka.

Kalau saya kaya, saya boleh...
  • shopping sakan sampai ke negara orang
  • saya bawa keluarga pergi bercuti sana luar negara
  • saya mahu beli rumah besar untuk keluarga
  • saya dapat bantu orang miskin
  • saya boleh beli kereta idaman
  • saya boleh beli apa saja yang saya mahu
  • saya boleh penuhkan rumah saya dengan perabot
  • saya tidak perlu pinjam ptptn untuk anak sambung belajar
  • banyak lagi lah..
Kalau ada sebab yang jelas mengapa mahu jadi kaya maka lebih mudahlah untuk mencapai hasrat tersebut. Kalau anda masih bujang maka anda harus jadi kaya terlebih dahulu. Malulah pinang anak dara orang guna wang ayah..atau lepas kahwin tinggal di rumah ayah.

Orang yang paling baik di antara kita ialah mereka yang mampu memberi manfaat terbanyak kepada orang lain. Kita patut malu kerana pendatang asing yang datang ke negara kita sama ada secara haram atau halal berjaya menjadi kaya di bumi milik kita. Kita selalu menyalahkan takdir Tuhan dan menyalahkan pihak kerajaan jika kita miskin. Kita jarang mahu menyalahkan diri kita sendiri. Kita lebih selesa meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain di atas kegagalan kita menjadi orang hebat.

Peluang begitu banyak untuk kita raih dengan usaha dan keringat. Buangkan sifat negatif yang menghantui dan memenjara kehidupan kita. Buka minda kita untuk melihat dan merebut peluang walau sekecil mana. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tanpa keberanian impian tidak akan dilaksana. Tahun berlalu, kita masih begitu. Adakah itu yang anda mahu?

samoga catatan ringkas ini memberi manfaat. Terima kasih.



Kepentingan pemasaran untuk bisnes internet

Apa yang akan bermain di fikiran anda apabila anda mendengar perkataan "pemasaran" atau dalam Bahasa Inggeris "marketing"?

Adakah anda akan terfikir mengenai perbuatan menjual barangan atau perkhidmatan kepada orang lain?

Atau anda terfikir tentang surat jualan atau portal Facebook?

Sememangnya kita akan mendapat pelbagai maksud kepada perkataan "pemasaran" sekiranya kita bertanya kepada individu yang berbeza. Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pemasaran.

Namun demikian, satu perkara yang tidak boleh kita nafikan di dalam dunia bisnes internet adalah pemasaran merupakan nadi kepada kejayaan bisnes internet anda!

Berdasarkan kajian pakar-pakar bisnes internet di barat hasil kajian saya sendiri, kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan bergantung 80% kepada pemasaran yang dilakukan dan 20% kepada fungsi atau informasi yang terdapat pada produk tersebut.

Adakah anda terkejut mendengar hasil kajian ini?

Hasil kajian ini memang sudah terbukti di dalam pelbagai bisnes online dan juga offline.

Cuba lihat pada diri kita sendiri. Selalunya sebahagian besar barangan yang kita inginkan dan seterusnya beli adalah barangan yang telah kita lihat pemasarannya secara berulang-ulang kali melalui media massa.

Boleh jadi sabun mandi yang kita gunakan, berus gigi yang kita gunakan, komputer riba yang kita gunakan, peti televisyen yang kita gunakan dan pelbagai perkara lagi. Hampir kesemuanya telah dibeli berdasarkan pemasaran yang telah kita lalui sama ada dengan kita sedari atau pun tidak sedari.

Hakikat ini juga sama di dalam bisnes internet. Selalunya usahawan internet yang berjaya menjana keuntungan yang tinggi dengan produk atau perkhidmatannya adalah mereka yang telah melakukan pemasaran dengan berkesan. Pemasaran yang saya maksudkan ini adalah pemasaran yang mampu mencapai target prospek paling ramai yang boleh kita perolehi.

Dalam pada itu, sebagai satu langkah bijak untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di dalam bisnes internet anda untuk tahun 2014 adalah dengan menumpukan sebahagian besar usaha anda kepada peningkatan dan penambahan strategi pemasaran.

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda beberapa teknik pemasaran yang sudah terbukti mampu menarik seramai mungkin prospek untuk melihat produk atau perkhidmatan anda.

Mari kita mulakan...

1. Facebook

Jika anda masih belum lagi menggunakan portal Facebook untuk pemasaran bisnes internet anda, tahun 2014 merupakan tahun untuk anda bermula!

Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi. Sebilangan besar rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook dan meluangkan banyak masa untuk melayarinya pada setiap hari.

Oleh itu, anda perlu pergi ke tempat di mana terdapat ramai prospek iaitu di portal Facebook.

Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan teknik direct selling di Facebook iaitu dengan menggunakan Facebook Ads atau anda boleh menggunakan teknik soft selling di Facebook iaitu dengan menggunakan Facebook Fanpage.

2. Instagram

Semua orang suka melihat gambar. Oleh kerana itu, aplikasi Instagram mampu menarik minat ramai orang untuk menggunakannya.

Memandangkan komuniti penguna Instagram merupakan satu komuniti yang besar, apa kata anda menyertai komuniti pengguna ini.

Bezanya di sini, anda buka saja menggunakan aplikasi ini untuk berkongsi gambar-gambar menarik di dalam kehidupan anda tetapi juga menggunakannya untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda secara soft selling.

Anda boleh berkongsi gambar produk-produk anda yang disertakan dengan maklumat mengenai produk tersebut dan juga laman web tempat untuk mendapatkannya buat mereka yang berminat.

Instagram bukan sahaja boleh memaparkan gambar tetapi boleh juga memaparkan video. Dengan ini, strategi pemasaran produk dan perkhidmatan melalui video juga boleh anda aplikasikan.

3. Rakan JV

Joint Venture atau lebih dikenali sebagai JV merupakan strategi pemasaran bantu membantu di antara satu usahawan internet dengan usahawan internet yang lain.

Anda boleh mencari rakan-rakan JV daripada kategori barang jualan yang sama dengan anda. Sebagai contoh, jika anda merupakan penjual bag tangan wanita, anda boleh mencari usahawan internet lain yang menjual kain tudung untuk dijadikan rakan JV.

Caranya di sini adalah anda membantu usahawan internet tersebut untuk mempromosikan barangannya kepada subscriber atau peminat anda dan individu tersebut pula akan membantu mempromosikan barangan anda kepada subscriber atau peminatnya pula.

Dengan cara ini, anda boleh mendapat prospek dan pelanggan baru dengan pantas dan rakan JV anda itu pun boleh mendapat peluang yang sama.

4. Autoresponder & Pemasaran Emel

Saya menyenaraikan autoresponder dan pemasaran emel di dalam satu tajuk kerana ianya saling berkait.

Tanpa autoresponder, tidak mungkin anda boleh menghasilkan satu strategi pemasaran emel yang berkesan.

Tanpa satu strategi pemasaran yang berkesan pula, tidak ada gunanya anda menggunakan perisian autoresponder.

Autoresponder merupakan satu perisian yang membantu anda untuk menyimpan maklumat pengunjung seperti nama dan alamat emel apabila mereka mengunjungi laman web anda. Maklumat tersebut akan disimpan di dalam pengkalan data atau database perisian autoresponder tersebut.

Kekuatan autoresponder terletak pada kemudahan anda untuk menghantar emel kepada setiap individu yang terdapat di dalam database autoresponder anda dengan hanya perlu mengarang satu emel sahaja.

Lebih ramai individu yang terdapat di dalam database anda maka akan lebih besar peluang untuk anda menjana wang besar setiap kali anda menghantar emel yang mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Jika anda belum lagi menggunakan autoresponder dan pemasaran emel di dalam bisnes internet anda, jangan berlengah lagi. Tahun 2014 merupakan tahun untuk anda bermula.

Itulah 4 strategi pemasaran berkesan yang boleh anda gunakan untuk membantu anda di dalam menempuh tahun 2014.

Salam hormat.


RahsiaCyber
www.rahsiacyber.com


Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet

Salam sejahtera dari tekniklama.

Tahukah saudara rahsia nombor 1 kejayaan pakar-pakar Internet menghasilkan jualan beribu-ribu ringgit melalui Internet?

Blogging?

Bukan..

FaceBook fan page?

Bukan..

Sebenarnya, rahsia kejayaan jangka masa panjang untuk semua jenis perniagaan online ialah "email list" atau senarai pelanggan emel.

Malah, jika saudara berjaya mengumpul senarai emel yang banyak,saudara tidak perlu bimbang pasal FaceBook, SEO, blogging, AdWords dan sebagainya. Cuba bayangkan jika saudara dapat mempromosikan produk saudara kepada 10,000 atau 100,000 orang secara percuma, hanya dengan menekan butang "Send".

Saya sendiri mengakui bahawa fokus saya sentiasa kepada menambahkan pelanggan emel setiap hari..

Tetapi, bagaimana nak mula kalau saudara sekarang ini tidak mempunyai senarai emel langsung, atau terlalu sedikit bilangan pelanggan emel?

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan saudara kepada rakan saya Gobala Krishnan, salah seorang pakar Internet terkemuka di Malaysia. Sejak 2005 Gobala memulakan perniagaan Internet secara sepenuh masa, dan sudahpun mengumpul lebih dari 39,000 senarai pelanggan emel dari Malaysia dan juga US.

Baru-baru ini Gobala melancarkan produk terbarunya iaitu "Rahsia Emel":

Rahsia Emel adalah laman keahlian, dimana setiap ahli akan menerima:

1) Pendedahan rahsia pemasaran emel dari Gobala Krishnan sendiri
2) Video latihan teknikal setup autoresponder dan Aweber
3) Emel promosi siap lengkap untuk produk hangat ClickBank
4) Template landing page professional siap lengkap
5) Template FaceBook Fan Page siap lengkap

Tips dan teknik yang didedahkan oleh Gobala memang berkualiti tinggi dan terbukti berkesan. Saya sendiri mendapat banyak ilmu daripada Gobala yang akan membantu perniagaan Internet saya makin berkembang.

Saya pasti saudara juga akan menerima manfaat yang sama, jadi sila ke laman web ini sekarang juga dan register untuk menjadi ahli "Rahsia Emel":

Strategi Menentukan Sasaran Pelanggan

Bolehkan anda memuaskan hati semua orang ?

Sudah pasti tidak!

Namun dengan berpandukan strategi ringkas dalam menentukan sasaran pelanggan, anda akan berupaya memuaskan hati golongan yang tepat, iaitu mereka yang benar-benar mahukan produk atau perkhidmatan anda.

1. Ketahui Kelebihan & Kekurangan
                         
Pertama sekali, anda perlu membuat sedikit kajian apakah kelebihan dan kekurangan produk atau perkhidmatan yang ingin atau sedang anda jual.

Apakah tujuan utama produk tersebut? Bagaimanakah cara untuk menggunakannya? Bilakah tamat tempohnya? Apakah kelebihannya berbanding produk atau perkhidmatan yang lain di pasaran?

Sebaik-baiknya, setelah membuat penilaian tersebut, anda boleh fokuskan golongan individu yang akan pasti memerlukan produk atau perkhidmatan anda itu.

Sekiranya fokus pelanggan anda kurang jelas atau terlalu umum, maka akan menjadi sukar untuk anda menonjolkan diri di kalangan produk atau perkhidmatan lain yang terdapat di pasaran.

Jika fokus pelanggan anda lebih jelas maka akan lebih mudah untuk anda melakukan promosi dan mula memasarkannya kepada golongan tertumpu tersebut.

Sebagai contoh, "produk kesihatan wanita" adalah umum, manakala "produk kesihatan untuk wanita yang baru melahirkan bayi" adalah khusus dan secara asasnya mempunyai prospek pengguna yang lebih fokus.

Walaupun jumlah wanita yang baru melahirkan bayi adalah kecil berbanding jumlah wanita secara umum, namun fokus produk anda kepada golongan kecil ini adalah lebih personal dan menyentuh hati setiap wanita yang baru melahirkan bayi.

2. Sasarkan Masalah Pelanggan

Setelah mengenalpasti kelebihan dan kekurangan produk atau perkhidmatan, anda boleh mula mensasarkan kumpulan pelanggan yang boleh mendapat manfaat daripada produk atau perkhidmatan tersebut.

Lebih tertumpu promosi atau pemasaran anda maka akan lebih besar impak keuntungan anda.

Anda boleh bermula dengan menggunakan kaedah online seperti Enjin Carian Google dan kenalpasti apakah masalah utama pelanggan. Sebagai contoh, anda mendapati wanita yang baru melahirkan bayi mempunyai masalah untuk menurunkan semula saiz badan kepada berat badan seperti sebelum bersalin, di samping tidak mahu membahayakan kualiti dan kuantiti susu badan untuk dibekalkan kepada bayi mereka.

Di samping itu, kepada kaum wanita anda boleh menyertai persatuan wanita atau ibu-ibu di kawasan kejiranan, mencari di dada-dada akhbar dan juga bertanyakan masyarakat di sekitar kawasan penempatan anda. Lebih luas jaringan kenalan anda, maka lebih mudah untuk anda mengenalpasti apakah masalah utama pelanggan dan mensasarkan kumpulan ini sebagai prospek tertumpu anda.

Antara lain, maklumat yang anda akan fokuskan adalah seperti umur pelanggan, lokasi, jantina, tahap pendidikan, pendapatan bulanan atau tahunan, tahap kesediaan untuk membuat pembelian, status perkahwinan dan beberapa maklumat lain lagi.

Maklumat-maklumat ini diperlukan untuk anda lebih mengenali prospek pelanggan anda serta masalah mereka dan seterusnya mempromosikan produk atau perkhidmatan itu tadi.


3. Sesuaikan Promosi

Sesudah mengenali kelebihan dan kekurangan, dan juga menenalpasti masalah pelanggan, anda boleh sesuaikan promosi anda menurut kehendak atau situasi pelanggan.

Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini anda mempromosi kelebihan produk adalah untuk: "mengekalkan kesihatan wanita yang baru melahirkan bayi", kini promosi anda boleh dihasilkan dengan lebih spesifik seperti: produk untuk "kesihatan wanita yang baru bersalin, mengembalikan berat badan ideal seperti sebelum ini tanpa membahayakan kualiti dan kuantiti susu badan untuk diberikan kepada bayi".

Anda sendiri boleh melihat perbezaan di antara kedua-dua ayat ini, di mana ayat kedua adalah lebih spesifik untuk menyelesaikan masalah pengguna. Sebagai seorang prospek yang mempunyai masalah tersebut, sudah tentu ayat promosi kedua lebih menarik perhatian mereka kerana ia lebih menepati keperluan mereka. Ini sudah tentu dapat membantu meningkatkan potensi mereka membuat pembelian produk atau perkhidmatan anda.

Dalam mengubahsuai produk atau perkhidmatan, anda juga boleh meninjau bagaimanakah para pesaing mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka. Dengan cara ini, anda akan lebih bersedia untuk mempromosi kepada prospek kerana anda tidak meniru gaya pesaing anda sebaliknya gaya tersendiri yang ditampilkan.


4. Selaraskan Pemasaran

Langkah terakhir adalah untuk menyelaraskan pemasaran produk atau perkhidmatan anda berdasarkan profil pelanggan.

Sebagai contoh, sekiranya anda tersilap mensasarkan produk atau perkhidmatan berkaitan wanita kepada prospek lelaki, sudah tentu pemasaran dan promosi yang anda lakukan tidak akan efektif berbanding jika ianya dipasarkan kepada golongan wanita.

Dalam satu contoh lain, sekiranya prospek anda adalah suri rumah yang tidak mempunyai masa khusus seperti golongan yang bekerja di pejabat, corak pemasaran yang perlu anda gunakan sudah tentu berbeza berbeza berbanding dengan promosi yang anda lakukan kepada golongan yang bekerja di pejabat.

Satu lagi contoh ialah sekiranya anda mensasarkan jualan pelaburan emas kepada pelajar sepenuh masa, besar kemungkinan mereka tidak mempunyai kemampuan atau kesediaan untuk melaburkan wang yang banyak bagi mendapatkan produk emas daripada anda. Namun sekiranya anda mensasarkan kepada pelajar separuh masa yang mempunyai kerja sepenuh masa, besar kemungkinan mereka lebih bersedia untuk melabur di dalam perniagaan emas kerana mereka mempunyai sumber pendapatan yang kukuh hasil daripada pekerjaan sepenuh masa mereka.

Anda perlu mengambil-kira kuasa-beli prospek anda dan juga masa terbaik untuk melakukan promosi kepada mereka.

Sekiranya anda jelas tentang golongan pelanggan anda, maka akan menjadi lebih mudah untuk anda menjana wang yang besar menerusi bisnes internet anda untuk jangkamasa yang panjang.


www.rahsiacyber.com